Alhamdulillah, sumbangan dermawan membolehkan lantai di bahagian berhampiran dinding Mihrab Masjid dicurah 10 tan bancuhan konkrit hari ini.
10 tan bancuhan konkrit telah dicurahkan di lantai bahagian Mihrab.
Lantai bahagian dalam di Ruang Solat Utama dan Sayap Kiri Masjid yang telah menerima curahan 50 tan bancuhan konkrit pada 19 Januari 2017.
Pemasangan mozek bermula di suatu ruangan yang bakal menjadi Bilik Air OKU Muslimat di aras bawah Blok 2, sebelah Sayap Kanan Masjid.
Pergerakan kerja juga berlaku di beberapa bahagian lain di aras bawah Blok 2 dan juga di dinding luar Mihrab Masjid.
Antara sumbangan dermawan yang diterima hari ini.
Para dermawan diseru meneruskan infaq, sedekah dan wakaf agar pihak Maahad dapat meneruskan perancangan kerja pembinaan sepanjang Januari ini.
Sokongan dalam pelbagai bentuk juga dialu-alukan menjelang "Majlis Kesyukuran dan Pembukaan Pengajian Umum 2017" pada 4/2/2017 nanti di mana sejarah bakal tercipta apabila pihak Maahad memulakan kuliah tafsir mingguan di Lantai Sayap Kanan Masjid yang telah berbumbung, untuk memenuhi permintaan masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan agama.
Kelas mengaji Al-Quran dewasa dan kanak-kanak percuma, dua hari seminggu, setiap Isnin dan Selasa dirancangkan bermula 6/2/2017, Insya Allah.
Jom infaq RM10 seorang setiap bulan. Bagi yang berkelapangan rezeki, bolehlah infaq dalam jumlah yang lebih besar.