Halaman

02 January 2017

RM371,073.00 Infaq/Wakaf Terkumpul, Masjid 57% Siap, Aras Bawah Blok 2 85% Siap Setakat 31 Disember 2016

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah s.w.t dan berkat sokongan berterusan para dermawan, pihak Maahad telah berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM371,073.00 sepanjang tahun 2016.

Dengan segala kekurangan, pada penghujung 2016, kadar kemajuan kerja pembinaan Masjid mencapai 57% siap manakala struktur Blok 2 (aras bawah) sudah mencapai 85% siap. Aras atas Blok 2 yang bakal menempatkan sebuah bilik pentadbiran dan Anjung Ilmu Safa Marwah  berehat seketika pembinaannya sementara menunggu kemasukan dana dari mana-mana dermawan yang berminat meneruskannya.



Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah dan struktur Blok 2 di sebelah Sayap Kanan Masjid.
Pandangan dari arah Barat.



Bahagian hadapan Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah.
Pandangan dari arah Timur.




Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah.
Pandangan dari arah Barat.


Bahagian paling bawah posting ini akan memaparkan gambar-gambar bahagian luar di sekeliling Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah setakat 31 Disember 2016. Teruskan membaca.





PELUANG PELABURAN SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA!

Terima kasih kepada semua dermawan yang terus bersama menjayakan pembangunan Maahad Tahfiz Safa Marwah.

Jumlah infaq diterima sejak mula tolak hutan (bersih tapak) pada 1/3/2016 hingga 31/12/2016 : RM371,073.00.

Kemajuan kerja setakat 31 Disember 2016:

Masjid (1 tingkat, Luas Tapak: 110 kaki x 60kaki): 52% siap.

Blok 2 (2 tingkat, Luas Tapak: 53 kaki x 33 kaki): 
Aras Bawah: 85% siap. 
Aras Atas: Tawakuf.
(Bawah: Ruang Bersuci Muslimat. Atas: Bilik Pentadbiran dan Anjung Ilmu Safa Marwah).

Blok 3: Belum bermula. (Bawah: Ruang Bersuci Muslimin dan Sudut Usahawan. Atas: Perpustakaan dan Pusat Sumber).

Blok kediaman Mudir/Guru Tahfiz: Belum Bermula.

Dapur: Belum bermula.

Blok Asrama/Dewan/Kelas (3 tingkat): Belum bermula.

Dewan Makan: Belum bermula.

Kandang kambing: Belum bermula.

Kolam ikan: Belum bermula.

Tasik Safa Marwah: Belum bermula.

Pondok-pondok warga emas/pelajar kitab Turath: Belum bermula.


Jom infaq RM10 seorang setiap bulan!

Pembiayaan pembangunan ini 100% dari duit di dalam poket Tuan/Puan para dermawan. Semoga Tuan/Puan terus komited untuk menyiapkannya.

Jika Tuan/Puan ada rezeki lebih, berwakaflah untuk membiayai pemasangan bumbung dan struktur sokongan bumbung Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah. 150 lot wakaf bernilai RM1,000 setiap satu ditawarkan kepada para dermawan sepanjang tempoh 1/11/2016 - 31/01/2017.

Setakat 31/12/2016, sejumlah RM75,781.27 telah berjaya dikumpulkan melalui kempen wakaf bumbung Masjid.

Kerja-kerja di bahagian bumbung telah dimulakan pada pertengahan Disember 2016 lalu.


DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH, BERA, PAHANG DARUL MAKMUR.


Nama Bank: Maybank IslamicNombor Akaun: 1560 7604 1263.
Nama Pemegang Akaun: Maahad Tahfiz Safa Marwah.

Maklumkan sumbangan ke Whatsapp Setiausaha Maahad 019-249 8747.
Email: mtsafamarwah@gmail.com.




PANDANGAN SEKELILING MASJID MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH SETAKAT 31 DISEMBER 2016



Dinding hadapan Sayap Kiri Masjid.




Bahagian kiri paling hadapan. Pintu Masuk Imam/Laluan OKU Muslimin, tingkap kiri bahagian hadapan Ruang Solat di tengah Masjid (terlindung oleh kayu-kayu kerja) dan sebahagian bucu kiri Masjid.





Bucu kiri hadapan Masjid.



Dinding luar Sayap Kiri Masjid.





Bucu Lobi Kiri Masjid. 



Bahagian paling kiri di Lobi Kiri Masjid.


Pandangan sisi bahagian kiri hadapan Masjid.




Pandangan hadapan Lobi Kiri Masjid.




Struktur sokongan kubah hadapan di sebelah kiri Pintu Utama Masjid.
Bahagian dalamnya akan menempatkan Bilik Wudhuk Muslimin.




Pintu Utama Masjid.




Struktur sokongan kubah hadapan di sebelah kanan Pintu Utama Masjid.
Bahagian dalamnya akan menempatkan Bilik Wudhuk Muslimat.




Pandangan hadapan Lobi Kanan Masjid.




Bucu Lobi Kanan Masjid.




Dinding Sayap Kanan Masjid.




Bucu hadapan Sayap Kanan Masjid.




Pandangan sisi bahagian hadapan sebelah kanan Masjid.





Tingkap kanan bahagian hadapan Ruang Solat di tengah Masjid dan tingkap bahagian Mihrab di hadapan Masjid.




Tingkap dinding kanan bahagian Mihrab di hadapan Masjid.




Dinding hadapan Sayap Kanan Masjid.




Dinding Mihrab.





Pintu Imam dan Laluan OKU Muslimin di dinding sebelah kiri bahagian Mihrab.




No comments:

Post a Comment