04 January 2017

Wakaf Bumbung Masjid - RM75,781.27 terkumpul pada 31/12/2016. Perlukan RM150,000.00 sebelum 31/01/2017



Sayap Kanan Masjid telah siap dibumbungi pada 04/01/2017.

Kini berusaha pula mengumpulkan dana untuk pemasangan bumbung di Sayap Kiri dan di Ruang Solat Utama yang berada di tengah Masjid.

Pihak Maahad mensasarkan kutipan keseluruhan sebanyak RM150,000.00 menerusi kempen Wakaf Bumbung dan Struktur Sokongan Bumbung Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah sepanjang tempoh 1/11/2016 - 31/1/2017.




PELUANG WAKAF BUMBUNG DAN STRUKTUR SOKONGAN BUMBUNG MASJID MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH - BERWAKAFLAH HARI INI JUGA!

Kemaskini 31/12/2016, 10.30 pm.
JUMLAH TERKUMPUL KESELURUHAN = RM75,781.27.



JUMLAH DIPERLUKAN = RM150,000.00.

PELUANG WAKAF MASIH TERBUKA = RM74,218.73 - Jom berwakaf!

TEMPOH KEMPEN: 1/11/2016 - 31/1/2017 (DILANJUTKAN SEBULAN LAGI).

JUMLAH LOT WAKAF = 150 LOT

HARGA SATU LOT WAKAF = RM1,000.00
(Sebagai panduan sahaja. Boleh berwakaf sebahagian nilai lot atau dalam apa jua gandaan nilai lot).
_________________________________________________________________________
WAKAF BUMBUNG DAN STRUKTUR SOKONGAN BUMBUNG MASJID MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH.

Boleh wakafkan sebanyak mana yang dikehendaki seandainya sedang menikmati kelapangan rezeki, cth: 5 lot (RM5,000.00), 10 lot (RM10,000) dll.

Boleh wakafkan dalam pecahan lot lebih kecil, cth: 1/2 lot (RM500), 1/4 lot (RM250), 1/5 lot (RM200), 1/10 lot (RM100), 1/20 lot (RM50) dll.

Boleh berkongsi dengan saudara-mara dan sahabat handai.

Boleh wakafkan untuk waris-waris yang telah meninggal dunia.

Berwakaflah semudah 1, 2, 3:-

1. Salurkan nilai wakaf anda ke akaun:
Nama Bank: Maybank Islamic.
Nombor Akaun: 1560 7604 1263.
Nama Pemegang Akaun: Maahad Tahfiz Safa Marwah.

2. Maklumkan sumbangan melalui Whatsapp/MMS kepada Setiausaha Maahad,
019-249 8747. Sertakan gambar slip bank/printscreen online transaction untuk rekod dan alamat surat-menyurat untuk pengeposan sijil wakaf (jika perlu).

3. Tunggu pengesahan penerimaan wakaf melalui SMS/MMS/Whatsapp dari pihak Maahad.

REBUTLAH PELUANG HEBAT YANG TERBENTANG DI DEPAN MATA. SEMOGA ALLAH S.W.T MERAHMATI TUAN/PUAN PARA DERMAWAN SEKALIAN.

Senarai pewakaf boleh dilihat di http://maahadtahfizsafamarwah.blogspot.my/p/wakaf-bumbung-dan-struktur-sokongan.html

No comments:

Post a Comment