Terima kasih kepada semua dermawan yang terus bersama menjayakan pembangunan Maahad Tahfiz Safa Marwah.
Jumlah infaq diterima sejak mula tolak hutan (bersih tapak) pada 1/3/2016 hingga 30/11/2016 = RM336,801.00.
Kemajuan kerja setakat 30 November 2016:
Masjid: 52% siap.
Blok 2 : 83% siap. (Bawah: Ruang Bersuci Muslimat. Atas: Bilik Pentadbiran dan Anjung Ilmu Safa Marwah).
Blok 3: Belum bermula. (Bawah: Ruang Bersuci Muslimin dan Sudut Usahawan. Atas: Perpustakaan dan Pusat Sumber).
Blok kediaman Mudir/Guru Tahfiz: Belum Bermula.
Dapur: Belum bermula.
Blok Asrama/Dewan/Kelas (3 tingkat): Belum bermula.
Dewan Makan: Belum bermula.
Kandang kambing: Belum bermula.
Kolam ikan: Belum bermula.
Tasik Safa Marwah: Belum bermula.
Pondok-pondok warga emas/pelajar kitab Turath: Belum bermula.
Jom infaq RM10 seorang setiap bulan!
Pembiayaan pembangunan ini 100% dari duit di dalam poket Tuan/Puan para dermawan. Semoga Tuan/Puan terus komited untuk menyiapkannya.
Jika Tuan/Puan ada rezeki lebih, berwakaflah untuk membiayai pemasangan bumbung dan struktur sokongan bumbung Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah. 150 lot wakaf bernilai RM1,000 setiap satu ditawarkan kepada para dermawan sepanjang tempoh 1/11/2016 - 31/12/2016.
RM43,301.27 telah berjaya dikumpulkan melalui kempen Wakaf Bumbung dan Struktur Sokongan Bumbung Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah dalam tempoh 1 - 30/11/2016 yang telah berlalu.
Masih berikhtiar mencari lagi sebanyak RM106,748.73 sepanjang tempoh 1 - 31/12/2016.
Insya Allah, jika dana mencukupi, kerja-kerja di bahagian bumbung boleh dimulakan pada Januari 2017.
Semoga Tuan/Puan para dermawan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment