Cadangan Pembangunan Fizikal

CADANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL

Tarikh pembelian tapak: 6 Januari 2016
Tarikh mula tolak tapak: 1 Mac 2016 (2 bulan lebih awal dari perancangan).
Tarikh cadangan mula projek: 1 Mei 2016




G1 - Pelan susunatur bangunan di Tapak Kompleks Maahad Tahfiz Safa Marwah.






FASA 1: 

1. Masjid
Anggaran kos = RM500,000.
Kapisiti: Minimum 500 orang.
Keluasan Tapak: 110 kaki X 60 kaki.
Mula dibina pada 10 Mac 2016.
Kemajuan kerja pada 31/10/2016 = 50% siap.


















2. Blok 2 
Anggaran kos = RM120,000.
Keluasan Tapak: 52 kaki X 32 kaki.
Mula dibina pada 1 Jun 2016. 
Kemajuan kerja pada 31/10/2016 = 80% siap.

*Blok 2 didirikan setinggi 2 aras. 

**Aras bawah menempatkan Biik Air OKU Muslimat, Bilik-Bilik Air Muslimat, Bilik-Bilik Pancuran Mandi Muslimat, Ruang Wudhuk, SInki-sinki, cermin-cermin dinding dan stor barangan Masjid.

**Aras atas pula akan menempatkan sebuah bilik pentadbiran dan sebuah ruang pengajian terbuka berdindingkan pemandangan alam sekitar Masjid, dinamakan "Anjung Ilmu Safa Marwah".


3. Blok 3 
Anggaran kos = RM120,000. 
Keluasan Tapak: TBA.
Belum bermula. Para dermawan sila bersedia.

*Blok 3 dirancangan setinggi 2 aras.

**Aras bawah bakal menempatkan sebuah ruang niaga runcit, Bilik Air OKU Muslimin, Bilik-bilik Air Muslimin, Ruang Wudhuk, Sinki-sinki, dan cermin-cermin dinding.

**Aras atas akan menempatkan sebuah bilik kelas dan sebuah perpustakaan mini.


4. Dapur Sementara
Anggaran Kos: TBA.
Keluasan Tapak: TBA.
Belum bermula. Para dermawan sila bersedia.

*Tapak cadangan Dapur Sementara di sebelah kanan Masjid, ruang yang pernah digunakan sebagai tapak sembelihan semasa Program Aqiqah dan Qurban 2016.

Akan berfungsi sebagai dapur sementara untuk memasak makanan harian para pelajar Tahfiz sehinggalah sebuah Dewan Makan disiapkan semasa Fasa 3 pembinaan.


FASA 2:

1. Kediaman Mudir dan Guru-Guru Tahfiz.
Anggaran Kos: RM500,000
Keluasan Tapak: TBA.
Belum bermula. Para dermawan sila bersedia.








*Tapak cadangan di kawasan lereng bukit bersebelahan Sayap Kanan Masjid.
*Kos pembinaan termasuk pembikinan benteng penahan cerun (retaining wall) dan aplikasi rekabentuk pembinaan secara Load Bearing Wall (Benteng Penahan Beban) dan pembinaan aras bertingkat (Split Level) kerana tapak berada di cerun bukit.
*3 buah rumah apartmen, 3 bilik tidur + 2 bilik air.


2. Sebuah Bangunan 3 tingkat.


Anggaran Kos: RM1,500,000
Keluasan Tapak: TBA.


Belum bermula. Para dermawan sila bersedia.







*Tingkat bawah menempatkan sebuah dewan seminar (kapasiti minimum 300 orang++)
*Tingkat tengah menempatkan kelas-kelas pengajian.
*Tingkat atas menempatkan dormitory/asrama pelajar (kapasiti minimum 100 orang)
*Bilik Warden, Bilik Rawatan dll.

*Tapak cadangan di sebelah Sayap Kiri Masjid.
*Kos pembinaan termasuk pembikinan benteng penahan cerun (retaining wall) dan aplikasi rekabentuk pembinaan secara Load Bearing Wall (Benteng Penahan Beban) dan pembinaan aras bertingkat (Split Level) kerana tapak berada di cerun bukit.




FASA 3:

1. Sebuah Dewan Makan (kapasiti 200 org).

2. Pembinaan Pondok-Pondok Pelajar.

3. Sebuah Bangunan Pentadbiran.

4. Kawasan rekreasi dan riadah.

5. Tasik Safa Marwah.

6. Kolam ternakan ikan.

7. Reban Ayam Kampung.

8. Kandang Intergrasi Kambing dan Lembu.


Pelan bangunan, model infra dan ilustrasi artis dalam proses penyiapan oleh professional yang menginfaqkan kepakaran mereka untuk jemaah.

Tarikh dijangka siap keseluruhan projek: 1 Mei 2020*
*tertakluk kepada perubahan.

No comments:

Post a Comment