Peluang Infaq


Setakat ini sumbangan Tuan/Puan para dermawan berterusan masuk melalui kempen-kempen berikut:
1. Infaq RM10 seorang setiap bulan.
2. Derma ikhlas sepanjang masa dengan had nilai dan kekerapan ditentukan sendiri oleh Tuan/Puan.
3. Wakaf Bumbung dan Struktur Sokongan Bumbung pada nilai RM1,000 bagi setiap satu lot. Jumlah sasaran RM150,000 (tempoh kempen 1/11/2016 - 31/12/2016). Pada masa posting ini dikemaskini, jumlah kutipan telah mencecah RM20,800.00. (Kemaskini 10.40 pagi, 21/11/2016; jumlah terkumpul ialah RM29,300.00).
4. Sumbangan bahan binaan yang dihantar terus oleh penyumbang ke Tapak Masjid.
5. Sumbangan-sumbangan lain termasuk makanan pekerja, tenaga kerja, buah fikiran, bantuan kutipan dana di kalangan ahli keluarga, doa dan munajat , kata-kata semangat dan lain-lain.
Teruskan sokongan anda.
Jom infaq RM10 seorang setiap bulan!
Bagi yang dikurniakan kelapangan rezeki, bolehlah menyumbang lebih banyak dan kerap lagi, Insya Allah.
KEPERLUAN BAHAN BINAAN DI TAPAK MASJID MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH BAGI BULAN NOVEMBER 2016. - SUMBANGAN DERMAWAN AMATLAH DIALU-ALUKAN.

1. Bata Merah - 5,000 biji.
2. Besi 4/8" Y12 - 1 tan.
3. Besi R10 - 20 batang.
4. Simen - 100 beg.
5. Roofing Structure C-section 1 1/2" x 3 1/2" - 200 batang.
6. Roofing Structure Baton - 200 batang.
7. Metal Deck Roofing - 30 keping.
8. Metal Deck Ridge - 20 keping.
9. Gutter Sheet Alumunium - 40'.
10. Water Proofing Material - 60 liter.
11. Cement Mix (Gred 25) - 20m3.
12. Kayu 1" x 2" x 10' - 100 batang.
13. Plywood 4 x 8 waterproof - 10 keping.
14. Pasir Halus - 4 lori.
15. Batu 3/4" - 10 tan.
“Barangsiapa yang membangun masjid, maka Allah akan bangunkan baginya bangunan seumpamanya di syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jom infaq RM10 seorang setiap bulan!
Infaqlah untuk manfaat diri sendiri, ahli-ahli keluarga yang masih hidup dan waris-waris yang telah meninggal dunia!
Sumbangan dalam bentuk bahan binaan bolehlah diatur penghantarannya oleh pihak penyumbang. Sila hubungi Pengurus Tapak (Khalid Haji Arif 019-9622216) untuk kelancaran urusan.
Sumbangan dalam bentuk nilai bolehlah disalurkan ke akaun rasmi Maahad:
Maybank Islamic
1560 7604 1263
Maahad Tahfiz Safa Marwah
Sila maklumkan sumbangan ke nombor Whatsapp 019-249 8747 (Setiausaha Maahad) untuk rekod.

No comments:

Post a Comment