22 December 2016

22 Disember 2016 - Setahun Selepas Meninjau Tanah Untuk Tapak Maahad

Pada 22 Disember 2015, selepas asar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Maahad Tahfiz Safa Marwah, Ustaz Md Nawawi Muhammad Al-Puruni telah meluangkan masa untuk meninjau sebidang tanah berkeluasan kira-kira dua ekar di Lot 4540 Paya Telok yang terletak berhampiran sempadan Temerloh - Bera.

Turut serta dalam tinjauan tersebut adalah dua orang wakil Tuan Tanah yang menawarkan penjualan tanahnya itu kepada pihak Jawatankuasa dan Setiausaha Maahad.

Tiada keputusan dicapai pada petang itu. Namun rundingan bermula beberapa hari kemudian membawa kepada persetujuan jual beli pada Januari 2016.

Setahun selepas tinjauan bersejarah itu, hari ini pada 22 Disember 2016, admin ingin menampalkan gambar-gambar peristiwa bersejarah tersebut untuk tatapan para dermawan yang telah menyumbang untuk pembinaan Maahad Tahfiz Safa Marwah.



Ustaz Nawawi (berjubah) sedang mendengar penerangan dari dua orang wakil Tuan Tanah.











Beginilah keadaan Tapak Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah yang masih belukar dikelilingi oleh kebun-kebun getah milik penduduk kampung berhampiran.



Setiausaha Maahad yang turut menyertai tinjauan pada petang tersebut.



Selepas setahun dari tarikh tinjauan tersebut, saksikanlah di bawah ini pemandangan terkini di Tapak Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah. Perlu diingat, setahun dari tarikh tinjauan, sedangkan umur pembangunan Maahad belum lagi mencecah setahun.




Beginilah keadaannya selepas setahun dari tarikh tinjauan tersebut. Dua struktur telah menggantikan bekas belukar yang dilawati setahun yang lalu. Tahniah kepada para dermawan yang telah menyertai saham akhirat ini.

Semoga Tuan/Puan terus istiqamah bersama pembangunan ini sehingga sempurna pembinaannya, Insya Allah.





DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH, BERA, PAHANG DARUL MAKMUR.

Salurkan infaq, derma, sedekah, zakat dan wakaf Tuan/Puan ke akaun;

Nama Bank: Maybank Islamic
Nombor Akaun: 1560 7604 1263
Nama Pemegang Akaun: Maahad Tahfiz Safa Marwah.


Jom infaq:

- RM10 seorang setiap bulan (Sasaran kutipan RM70,000.00 sebulan).

- RM1,000 bagi setiap Lot Wakaf Bumbung dan Struktur Sokongan Bumbung Masjid (Sasaran kutipan RM150,000.00 bermula 1/11/2016 hingga 31/01/2017).

- Sebarang nilai pilihan hati para dermawan untuk Dana Pembangunan Kompleks Maahad Tahfiz Safa Marwah (Sasaran kutipan RM3,000,000.00 untuk menyiapkan keseluruhan projek sebelum 1 Mei 2020).

- Hantar bahan binaan terus ke Tapak Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah. Sila hubungi Pengurus Tapak, Encik Khalid Haji Mohd Arif, 019-962 2216 untuk mendapatkan senarai keperluan semasa dan pengaturan penerimaan bahan yang dihantar.

Pelbagai peluang. Sila pilih yang mana bersesuaian.

Semoga Allah s.w.t melipatgandakan rezeki para dermawan.

Alamat surat menyurat: Lot 4540 Paya Telok, Kg. Jelam Durian Tawar, 28200 Bandar Bera, Pahang Darul Makmur.

FB: https://facebook.com/maahadtahfizsafamarwah

IG: https://instagram.com/maahadtahfiz_safamarwah

Email: mtsafamarwah@gmail.com

Blog: https://maahadtahfizsafamarwah.blogspot.my

No comments:

Post a Comment