27 November 2016

AWAS PEMUDA INI - JANGAN SAMPAI TERTIPU!

Susulan dari pendedahan Setiausaha Maahad Tahfiz Safa Marwah sebelum ini berkenaan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik nombor 017-365 2320 yang mengubahsuai sebaran Whatsaap Maahad dengan memasukkan nombor tersebut dan melantik dirinya sendiri sebagai "Ketua Program Wakaf" untuk membuat kutipan.


Gambar 1 - "Aiman Aqeem" - Bertaubatlah! Berhenti menipu, Insya Allah anda akan mendapat kemaafan.


Setiausaha Maahad memaklumkan bahawa beliau mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa individu yang dipintasnya melalui applikasi Whatsapp beberapa hari lalu adalah seperti yang tertera di atas.

Dia dikesan menggunakan nama "Muhammad Aiman Aqeem", adakalanya "Aiman Aqeem" atau sekadar "Aiman".

Mengakui tinggal di alamat "B-1-10 Apt Buginvilla*, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung".
*ejaan oleh dirinya sendiri di applikasi Whatsaap.

Antara kegiatannya yang didedahkan pengguna media sosial ialah menjual buku Al-Ma'thurat pada harga RM5 (harga sebenar RM1) di surau-surau sekitar Bukit Beruntung, menggunakan profile FB "Aiman Aqeem" dan page FB "1 Friendly Charity" untuk mengutip wakaf atas nama tahfiz, rumah anak yatim, wakaf tanah dan wakaf Al-Quran.



Gambar 2 - Ubahsuai yang dibuat oleh "Aiman Aqeem" untuk mengumpul dana.


Berikut disiarkan posting Setiausaha Maahad di Page FB Maahad pagi tadi:

PERHATIAN - PEMUDA INI DIKESAN MENGUBAHSUAI IKLAN TAHFIZ, MEMASUKKAN NOMBORNYA DAN MENGAKU SEBAGAI "KETUA PROGRAM WAKAF".
Sesiapa yang pernah menjadi mangsa penipuan pemuda ini terutamanya berkaitan jualan sijil wakaf tahfiz, wakaf Al-Quran dan rumah anak yatim, sila hubungi Whatsapp Setiausaha Maahad, 019-249 8747.
Sebaik-baiknya buat laporan polis terlebih dahulu. Kemudian kita satukan usaha membawanya ke muka pengadilan.

Dia dikesan memanipulasi iklan Maahad baru-baru ini dan telah dipintas melalui komunikasi Whatsapp di nombor 017-365 2320.
Dipercayai menggunakan pelbagai id di media sosial dan tidak mustahil ada nombor2 lain juga digunakan untuk operasinya.
Diketahui sebagai jahil teknologi maklumat apabila mengguna pelbagai fake profile facebook dari alamat IP yang sama pada satu-satu masa termasuk di komen-komen yang membela dirinya sendiri dengan menyamar sebagai orang lain. Laras bahasanya juga sama dipercayai tidak menguasai subjek BM di peringkat SPM.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati kerana dia licik bergerak, pandai berpura baik, mendakwa sebagai "Ketua Program Wakaf" dan tukang kumpul duit wakaf di surau-surau sekitar Bukit Beruntung.
Setiausaha Maahad mengambil tanggungjawab atas posting ini.
Bersedia berjumpa untuk menyelesaikan isu ini mengikut lunas undang-undang seandainya individu tersebut bersedia bertemu di IPD Bera, Pahang Darul Makmur.
Sekian.

ADMIN: Kami doakan Aiman Aqeem dikurniakan kesedaran untuk memberhentikan kerja-kerja mungkar yang dilakukannya. Takutlah kepada Allah s.w.t. Di dunia mungkin kita boleh melepaskan diri dengan pelbagai helah NAMUN di akhirat sana mampukah kita menjawab di hadapan Hakim Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui???

Masa hadapan kita adalah akhirat. Semoga dikurniakan hidayah dan kembali ke pangkal jalan.


1 comment: