20 November 2016

Blok 2 - Kemajuan Kerja Setakat 20/11/2016


G1- Pandangan dari arah Barat.



G2 - Pandangan dari bahagian atas Sayap Kanan Masjid.



G3 - Bilik Pentadbiran di sebelah Barat aras atas Blok 2 pada 20/11/2016.



G4 - Anjung Ilmu Safa Marwah di sebelah Timur aras atas Blok 2 pada 20/11/2016.



G5 - Pandangan dari bahagian atas dinding Mihrab Masjid pada 20/11/2016.









G6 - G10: Pemandangan di sekeliling Blok 2. 



G11 - Pemandangan Blok 2 dari Tapak Kediaman Mudir dan Guru Tahfiz.



Blok 2 adalah satu struktur setinggi 2 tingkat yang dibina di sebelah Sayap Kanan Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah.

Tapaknya berkeluasan 52 kaki x 32 kaki. Anggaran kos keseluruhan RM120,000.00.

Mula dibina pada 1 Jun 2016. Kemajuan kerja pada 31 Oktober 2016 telah mencecah 60% siap.

Aras bawah akan menempatkan Biik Air OKU Muslimat, Bilik-Bilik Air Muslimat, Bilik-Bilik Pancuran Mandi Muslimat, Ruang Wudhuk, Sinki-sinki, cermin-cermin dinding dan stor barangan Masjid.

Aras atas pula akan menempatkan sebuah bilik pentadbiran dan sebuah ruang pengajian terbuka berdindingkan pemandangan alam sekitar Masjid, dinamakan "Anjung Ilmu Safa Marwah".

Pembinaan Blok 2 akan menyempurnakan fungsi-fungsi Masjid terutamanya berkaitan urusan bersuci (thaharah) ahli-ahli jemaah Muslimat.

Lanjutan struktur di bahagian atasnya pula adalah untuk memanfaatkan ruang kerana ruang tanah yang agak sempit di Tapak Kompleks Maahad Tahfiz Safa Marwah di samping keadaan mukabuminya yang berbukit dan curam.


DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH, BERA, PAHANG.

Maybank Islamic
1560 7604 1263
Maahad Tahfiz Safa Marwah
Rahsiakan atau maklumkan sumbangan beserta gambar slip bank ke Whatsapp/MMS 019-249 8747 (Setiausaha Maahad).

Setakat ini sumbangan Tuan/Puan para dermawan berterusan masuk melalui kempen-kempen berikut:
1. Infaq RM10 seorang setiap bulan.
2. Derma ikhlas sepanjang masa dengan had nilai dan kekerapan ditentukan sendiri oleh Tuan/Puan.
3. Wakaf Bumbung dan Struktur Sokongan Bumbung pada nilai RM1,000 bagi setiap satu lot. Jumlah sasaran RM150,000 (tempoh kempen 1/11/2016 - 31/12/2016). Pada masa posting ini dikemaskini, jumlah kutipan telah mencecah RM21,800.00.
4. Sumbangan bahan binaan yang dihantar terus oleh penyumbang ke Tapak Masjid.
5. Sumbangan-sumbangan lain termasuk makanan pekerja, tenaga kerja, buah fikiran, bantuan kutipan dana di kalangan ahli keluarga, doa dan munajat , kata-kata semangat dan lain-lain.
Teruskan sokongan anda.
Jom infaq RM10 seorang setiap bulan!
Bagi yang dikurniakan kelapangan rezeki, bolehlah menyumbang lebih banyak dan kerap lagi, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment