G1 - Aras bawah Blok 2. Dibina secara split level (aras bertingkat) kerana terletak di lereng bukit. Setiap dindingnya direkabentuk untuk berfungsi sebagai Load Bearing Wall (Benteng Penahan Beban).
Gambar-gambar berikut menunjukkan kemajuan kerja setiap sudut di bahagian dalam aras bawah Blok 2.
G2 - Laluan masuk kerusi roda OKU Muslimat dari Sayap Kanan Masjid.
G3 - Pandangan dari dalam laluan masuk kerusi roda OKU Muslimat ke arah Sayap Kanan Masjid.
G4 - Dari Laluan Masuk kerusi roda OKU Muslimat melalui laluan khas (belum siap) ke Pintu OKU Muslimat (hujung, kiri sekali) di Sayap Kanan Masjid.
G5 - Bilik Air OKU Muslimat setakat ini.
G6 - Ruang jalan di hadapan pintu Bilik Air OKU Muslimat yang berada di sebelah kanan.
G7 - Ruang ke tangga untuk turun ke Sudut Wudhuk Muslimat.
G8 - Pintu penghubung ke Sudut Wudhuk dan Bilik Mandi Muslimat.
G9 - Sudut Wudhuk Muslimat di dinding tepi (Selatan).
G10 - Biik-Bilik Mandi Muslimat berhadapan Sudut Wudhuk Muslimat, bercantum dengan dinding tengah.
G11 - Laluan ke Bilik-Bilik Air Muslimat (Utara).
G12 - Dinding tengah akan menempatkan sinki-sinki dan cermin dinding. Sebelah kanan pula adalah Bilik-Bilik Air Muslimat.
G12 - Pintu di bahagian Barat untuk laluan keluar masuk Muslimat.
Ketika posting ini ditulis, Pihak Maahad masih mengusahakan dana agar pembinaan Blok 2 ini dapat disiapkan sepenuhnya sebelum Januari 2017.
Selepas Blok 2 siap nanti, kelas-kelas pengajian Al-Quran untuk orang awam dan siri-siri kuliah sudah dapat dimulakan di sini sementara menunggu siapnya Masjid, dijangka sekitar Jun 2017.
Sila baca "Blok 2 - Kemajuan Kerja Setakat 20/11/2016".
DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH, BERA, PAHANG.
Maybank Islamic
1560 7604 1263
Maahad Tahfiz Safa Marwah
1560 7604 1263
Maahad Tahfiz Safa Marwah
Rahsiakan atau maklumkan sumbangan beserta gambar slip bank ke Whatsapp/MMS 019-249 8747 (Setiausaha Maahad).
Setakat ini sumbangan Tuan/Puan para dermawan berterusan masuk melalui kempen-kempen berikut:
1. Infaq RM10 seorang setiap bulan.
2. Derma ikhlas sepanjang masa dengan had nilai dan kekerapan ditentukan sendiri oleh Tuan/Puan.
3. Wakaf Bumbung dan Struktur Sokongan Bumbung pada nilai RM1,000 bagi setiap satu lot. Jumlah sasaran RM150,000 (tempoh kempen 1/11/2016 - 31/12/2016). Pada masa posting ini dikemaskini, jumlah kutipan telah mencecah RM21,800.00.
4. Sumbangan bahan binaan yang dihantar terus oleh penyumbang ke Tapak Masjid.
5. Sumbangan-sumbangan lain termasuk makanan pekerja, tenaga kerja, buah fikiran, bantuan kutipan dana di kalangan ahli keluarga, doa dan munajat , kata-kata semangat dan lain-lain.
Teruskan sokongan anda.
Jom infaq RM10 seorang setiap bulan!
Bagi yang dikurniakan kelapangan rezeki, bolehlah menyumbang lebih banyak dan kerap lagi, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment