25 November 2016

PEMILIK NOMBOR 017-365 2320 TIDAK PERNAH DILANTIK SEBAGAI "KETUA PROGRAM WAKAF"

Artikel ini ditulis secara berhati-hati untuk mengelakkan sebarang salah faham atau tanggapan umum yang boleh mencemarkan nama baik Maahad Tahfiz Safa Marwah.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, Admin merasakan ianya perlu sebagai ikhtiar untuk melindungi kepentingan para dermawan yang menyumbang, agar setiap sumbangan yang diberikan benar-benar sampai kepada Pihak Maahad.

Segalanya bermula apabila Sekretariat Maahad mengenalpasti satu sebaran Whatsapp yang telah diubahsuai:

- Bahagian posting asal yang memaparkan nombor akaun Maahad dan nombor hubungan Maahad telah dipadamkan.

- Nombor 017-365 2320 dimasukkan ke dalam posting dengan tambahan jawatan "Ketua Program Wakaf".


Gambar: Ubahsuai ke atas iklan dan sebaran Whatsapp Maahad.


Komunikasi whatsapp yang berlaku sesudah itu di antara Tuan Setiausaha Maahad dan pemilik nombor berkenaan mendapati pelbagai perkara lagi berlaku:

1. Pemilik nombor 017- 365 2320 mendakwa pernah menghubungi Pengerusi Maahad berkenaan iklan tersebut. Semakan mendapati ianya TIDAK BENAR.

2. Pemilik nombor 017-365 2320 mendakwa mendapat kebenaran dari Pihak Maahad untuk urusan kutipan wakaf. Semakan mendapati ianya TIDAK BENAR.

3. Pemilik nombor 017-365 2320 dalam usaha membuktikan perkara no. 1 & 2, telah gagal memberikan nombor telefon Pihak Maahad yang dihubunginya. (Alasan dalam telefon lain, selepas 24 jam masih gagal, malah sehingga ke masa posting ini ditulis).

4.Beberapa perkara lain akan didedahkan kemudian jika kes ini sampai ke tahap laporan kepada Pihak Berkuasa.

Berikut kenyataan Tuan Setiausaha Maahad yang diviralkan di media sosial bermula 25/11/2016, dengan maksud mengelakkan kerosakan seandainya individu berkenaan merancang sesuatu yang tidak baik bersandarkan kaedahnya itu.


PEMILIK NOMBOR 017-365 2320 TIDAK PERNAH DILANTIK SEBAGAI "KETUA PROGRAM WAKAF" MEWAKILI MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH.
Kami telah menerima aduan perbuatan tidak beretika oleh pemilik nombor 017-365 2320 yang telah mengubahsuai iklan dan sebaran Whatsapp Maahad Tahfiz Safa Marwah dengan membuang bahagian yang memaparkan nombor hubungan dan nombor akaun Maahad yang sebenar.

Lebih memualkan apabila Pihak terbabit meletakkan nombor 017- 365 2320 dan mengakui sebagai "Ketua Program Wakaf" - satu jawatan yang tidak pernah wujud dalam Jawatankuasa Pembangunan Maahad Tahfiz Safa Marwah.


Dalam satu komunikasi Whatsapp, pemilik nombor ini mendakwa sebagai "1 friendly charity , muhammad aiman aqeem" beralamat di "B-1-10 apt buginvilla taman bunga raya bukit beruntung".

Tuan/Puan yang berhasrat mendapatkan info atau menyumbang kepada Maahad Tahfiz Safa Marwah dinasihatkan berhubung terus dengan Pengerusi Maahad, 013-2478843 (Ustaz Nawawi Al-puruni), Whatsapp Setiausaha Maahad 019-249 8747, dan penama-penama dan nombor-nombor telefon yang tertera dalam poster sebaran dari Pihak Maahad.

Pihak Maahad hanya mempunyai satu akaun sahaja. Semua kutipan mohon salurkan ke akaun berikut:

Nama bank: Maybank Islamic
No. Akaun: 1560 7604 1263
Nama Pemegang Akaun: Maahad Tahfiz Safa Marwah.

Makluman sumbangan, sila Whatsapp ke Setiausaha Maahad, 019-249 8747.

Sebagai peringatan bersama, Pihak Maahad tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga sebagai "Ketua Program Wakaf" atau apa-apa nama jawatan yang dinyatakan sebagai gambaran kononnya mereka mewakili pihak Maahad untuk membuat kutipan sumbangan dari orang ramai.

Marilah kita berdoa agar kerjabuat kita memajukan pendidikan Islam di Malaysia ini diberkati dan diberi pertolongan Allah s.w.t.

Semoga Allah s.w.t melindungi kita dari segala jenis keburukan dan perkara-perkara berbahaya dari makhluk-makhluk ciptaannya.

Mohamad Yusof Harun
Setiausaha
Maahad Tahfiz Safa Marwah
Lot 4540 Paya Telok,
Kg. Jelam Durian Tawar,
28200 Bandar Bera,
Pahang Darul Makmur.

Whatsapp 019-249 8747.
Email: mtsafamarwah@gmail.com

ADMIN: MOHON SEMUA BERHATI_HATI DAN SALURKAN TERUS SUMBANGAN KE AKAUN MAAHAD (MAYBANK ISLAMIC, NO. 1560 7604 1263, ATAS NAMA MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH) DAN HANTAR SLIP TRANSAKSI KE WHATSAPP SETIAUSAHA MAAHAD 019-249 8747 UNTUK REKOD DAN PENGESAHAN.

MUNGKIN AKAN ADA LAGI NOMBOR LAIN SELEPAS INI DENGAN MODUS OPERANDI YANG SAMA.

KEPADA ALLAH S.W.T KITA MOHON PERLINDUNGAN!

SEBARKAN UNTUK MELINDUNGI SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN DARI SEBARANG KEMUNGKINAN BURUK.

No comments:

Post a Comment